8 posts tagged “family”
We visited bird park. it was really fun...
and intheprocess of updating the pics, i use pictobrowser because its easy to use. and so then, have to update the pics on my flickr. and when i try to upload the pics, they told me that i have over my monthly upload limit (i guess the limit is 100mb). so i googled, to find a tools that i can resize my pics by group. and i find this. it is a cool tools & it's free! so, my problem is fix. these are the results.
19 augustus 2007 - 2 kali dah sambut anniversary bersama.. Masih macam dulu, jantung aku masih berdegup kencang, seperti genderang mau perang.
Terima sejambak bunga on the anniversary eve. I like. My first bouquet from my beloved hubby.
Had a small celebration at putrajaya .
Indah pun ada. suka dia naik cruise.
tapi, camera lupa bawak. so pics limited. Tapi, guna camera kat hp baru cintahati. siapa cari hp yang banyak function, lookalike pda. saya suggest hp tu. pics above, both, taken with rokr.
untuk cintahati, "aifailuvfufyufufsofomuchfuch.... befeteful takfak tifipufu... :p".
its been a month, a lot things happen.
My beloved Mama's Birthday.
a way from my two darlings.
to KK for 4 days.
and 4 days away from my two heavens,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
makes me really appreciate every minutes
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
that we had together and
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
i wish we had more time to spend together...
hari ni dah 30 hari. sebulan. Hari ni birthday indah. Indie saya yang saya rindu.
baru sekejap tadi, neneknya amik dia dari saya. bawak jalan-jalan.
saya tak ikut. tak sampai setengah jam, saya dah rindu.
macamana saya nak pegi keje nanti? ish.. rindunya kat Indie, rasa nak pegi ambik sekarang juga. biarlah dia nangis kuat-kuat nak susu, boleh la saya tengok dia balik.
semua mama rasa macamni ke?
Syurga saya sedang tidur. Puteri saya juga tidur. Lepas pam susu, saya tak dapat tidur. Macam-macam yang saya fikirkan. Campur bunyi anjing menangis. Skeri. Orang kata kalau bunyi anjing menangis, dia nampak 'mende'. Eii, tak mo ingat.
Saya rasa memang susah jadi orang berpantang ni. Dah 16 hari saya berpantang.
Saya tak boleh keluar bilik saya, inikan keluar rumah. Dah 16 hari hidup saya hanya dibilik ini. nasib ada internet.Saya bangun pagi-pagi, mandi & kene basah rambut dengan air sejuk sangat.
Saya makan 6 bijik jamu sehari.
Saya bertungku. 2 kali. Pagi dan malam. Rupa tungku saya -->Mama balut perut saya dengan barut. Sebelum barut, mama sapu dulu kapur + limau nipis. Biar perut kempis.
Saya makan tengah hari dan malam mesti ada lada hitam. biar badan panas.
Saya kene pakai kain batik, yang selalu saja terlucut.
Saya kene pakai stokin. Saya tak suka stokin.
Saya kene pakai bedak hangat & minyak angin satu badan.
Begitu juga la esok dan esok dan esok sampai 40 hari. Memang susah
Tapi...
saya tak kisah semua tu, biarla mama barut saya satu badan sekali pun, mama buat semua tu, untuk cantikkan saya juga.
saya tak kisah semua tu, biarla saya berpantang 400 ke 4000 ke 4000000000 hari sekali pun, asal saya tak yah gi keje. >:(
saya tak kisah semua tu, biarla saya berpantang seumur hidup sekali pun, asal saya dapat tengok indah selalu. sentiasa. Sentiasa ada bersama Indah selalu.
err.. tapi saya nak minum ice lemon tea, minum vanilla coke, makan eskrem coklat, makan double cheesebeger boleh?
Peringatan pada semua:
Sebelum pregnen, biarlah suami anda menikmati perut anda sepuas-puasnya, kerana lepas pregnen, perut anda akan berubah sama sekali. Sekian. Terima kasih.
Alhamdulillah. Bersyukur sungguh aku pada Allah dengan anugerah yang begitu indah buat aku & cintahatiku. Sekarang aku dah ada dua cintahati. =)
Putri Indah Aerissa, selamat lahir 1.29pagi. 11/11/2006. 2.82kg.
Sangat terima kasih pada mama dan abah, ayah dan mak. Doa dan harapan kalian lah yang buat Lissa kuat.
Sangat berterima kasih pada cintahati yang sentiasa teman aku setiap masa. Layan segala kerenah aku. busuk aku. buruk aku. Sayang awak sangat..
dan Sangat berterima kasih buat Indah, kerana membawa cahaya baru dan kegembiraan dalam hidup kami semua sekeluarga..

mama n ayah sayang Indah.




